Ada mereka yang benar-benar nak anak tetapi susah nak dapat anak.........
Ada mereka yang dah dapat, senang-senang ajerrr buang anak didalam tong sampah
Cuba kita renung seketika, Orang Indon datang sini MESTI nak anak seorang kerana Orang Malaysia terlalu bermurah hati .. dan senang ajer nak beri taraf KEWARGANERAGAAN pada mereka.
BUD dilahirkan di Singapore setelah Singapore berpecah dengan Malaysia pada tahun 1969.
Mak Datok susahnya nak dapatkan kad pengenalan.. dan nak buat International Passport dan sah sah my parents rakyat Malaysia ini.
Kasihan mak dan menyusahkan mak kerana terpaksa mengangkat sumpah sampai empat kali.
Ini juga menganggu kerja bud terpaksa turun naik kepejabat Imgiresen di Jalan Duta. UNTUK kali empat bud menghulurkan surat kepada Pegawai dan Pegawai Imigresen itu masih belum berpuas hati dan bud tanya apa masaalah kali ini Encik, maka beliau berkata "Tidak dinyatakan menaiki kenderaan apa, mak dan ayah Cik naiki untuk kesini..................
Sah-sah dari Singapore ke Malaysia pada masa itu hanyalah kendaraan darat dan udara sahaja... Tak akan nak naik feri atau kapal selam pulak....
Bud dah bengang tadi terus jawab "Untuk pengetahuan Encik, mak dan ayah saya balik ke Malaysia menaiki Kapal Tongkang, Encik dah puas hati Encik " dan terus ingin beredar tetapi belum sempat Bud melangkah
Pegawai itu kata "Cik boleh datang minggu depan dapatkan Passport" okay
KENAPA HARUS JADI BEGINI
No comments:
Post a Comment