Pages

Friday, December 17, 2010

PEMBUANGAN ANAK & MEMPERLEKEHKAN HAK KTA

Ada mereka yang benar-benar nak anak tetapi  susah nak dapat anak.........
Ada mereka yang dah dapat,  senang-senang ajerrr buang anak  didalam tong sampah
Cuba kita renung seketika, Orang Indon datang sini MESTI nak anak seorang kerana Orang Malaysia terlalu bermurah hati .. dan senang ajer nak beri taraf KEWARGANERAGAAN pada mereka. 

BUD dilahirkan di Singapore setelah Singapore berpecah dengan Malaysia pada tahun 1969.
Mak Datok susahnya nak dapatkan kad pengenalan.. dan nak buat International Passport  dan  sah sah  my parents rakyat Malaysia ini.

Kasihan mak dan menyusahkan mak kerana terpaksa mengangkat sumpah sampai empat kali.

Ini juga menganggu kerja bud terpaksa turun naik kepejabat Imgiresen di Jalan Duta. UNTUK kali empat  bud menghulurkan surat kepada Pegawai dan Pegawai Imigresen itu masih belum berpuas hati dan bud tanya apa masaalah kali ini Encik, maka beliau berkata "Tidak dinyatakan menaiki kenderaan apa, mak dan ayah Cik naiki untuk kesini..................

Sah-sah dari Singapore ke Malaysia pada masa itu hanyalah kendaraan darat dan udara sahaja... Tak akan nak naik feri atau kapal selam pulak....  

Bud dah  bengang tadi terus jawab "Untuk pengetahuan Encik, mak dan ayah saya balik ke Malaysia menaiki Kapal Tongkang, Encik dah puas hati Encik " dan terus ingin beredar tetapi belum sempat Bud melangkah
Pegawai itu kata "Cik boleh datang minggu depan dapatkan Passport" okay





KENAPA HARUS JADI BEGINI

Wednesday, December 15, 2010

ZAITON OTHMAN

Pukul 9.00 pagi, Bud dah sampai di Library Digital OPEN UNIVERSITY MALAYSIA......, kerana bosan duduk kat rumah.. hajat sekejap ajerrr tetapi hujan so terpaksa lama  kat OPEN nih......

Setelah makan pagi yang agak lewat, bud bersantai diluar library........you know.......MY  IDOLA muncul..... tiba-  tiba hati ini dig! dag! dug!..... berdebar-debar rasa macam orang bercinta pulak..... ZAITON OTHMAN, (Olahragawati Negara) maka terkenang kisah dulu- dulo semasa bud muda remaja gitu,,,,,,,hajat hati nak ambil gambar tetapi tahap segan itu agak tinggi so lupakan ajerrlah.... (frust juga ni...........)

Teringat ketika  28 tahun yang lalu,  bila bud berlari mewakili rumah sukan NURI namanya, warna merah....... kawan sekolah jerit nama "ZAITON"!!!... wow lagi semangatlah dan bangga....sama taraf lah konon-kononnya dengan ZAITON OTHMAN.

 Masa itu ZAITON OTHMAN famous kerana mengharumkan nama negara MALAYSIA dalam acara Olahraga.... 400 meter, Heptathton dan Lompat Jauh.....

Bila tengok gambar ini terus teringat Zaiton Othman ada cara yang "agak unik"
buat ketika itu. sebelum dia melepasi halangan lompat tinggi untuk acara Heptathon.



Walaupun sekolah tak ada acara Heptathon tetapi ada acara 400meter dan Lompat Jauh, dan tahun itu juga lah bud telah memecahkan rekod Lompat Jauh yang telah tersimpan sekian lama,........................ bangganya.........

Tuesday, December 14, 2010

Tertubuhnya parti baru "KITA"



BERITA 1.30 tengahari ini, melapurkan


Penubuhan KITA adalah secebisan dari AKIM memandangkan AKIM hanya untuk orang Melayu yang beragama Islam maka  Datuk Zaid Ibrahim mewar warkan penubuhan KITA di sidang akhbar dan juga undang-undang AKIM perlu di selaraskan, dalam ucapan Datuk Zaid Ibrahim mengulaskan lagi bahwa memandangkan kita hidup dalam masyrakat berbilang kaum maka selaras dengan itu KITA ditubuhkan atas dasar tersebut.


Penubuhan KITA akan didaftar SSM pada awal tahun hadapan ukas beliau lagi

KISAHHARIINI

Dari Selamat Pagi Malaysia TV3,


Paparan tersebut menggalakkan anak-anak kita berjimat cermat dan mengajar mereka apa yang patut mereka beli dan memberitahu mereka sama keperluan atau kehendakan, kes ini teringat kisah anak saudara bud "DINIY" tinggal di JB.


"Mama jom gi "JUCCO" maksudnya JAYA JUSCO yang terletak berhampiran dengan tempat tinggal mereka di Taman RINI MUTIARA.....


Satu hari Diniy beria-ria nak ke Jaya Jusco, untuk memujuk Mama dia, DINIY nak beli 2 buah buku sahaja,  Mama DINIY dengan senyuman lebar dan perasaan bangga terus ke JAYA JUSCO di Taman University di Johor Baharu.

DINIY hilang dari pandangan untuk seketika, setelah setengah jam DINIY berdiri dengan lori mainan dikiri dan kanan tangan dia.. dengan tersengeh sengeh di menunjukkan lori itu pada mama dia.

Mama dengan senyuman yang tak senyum naa itu, 

Mama tanya "DINIY mana duitnya?"
DINIY jawab "tak apa ma... DINIY pakai duit tabung DINIY"

Mama dia tanya lagi " Mananya tabung DINIY"

Diniy "kat rumah"

Mama dengan selamba "kena balik rumah dulu lah", DINIY

Dengan muka DINIY yang seposen itu dia letak balik lori yang diambil tadi.

Tiba dirumah DINIY dah lupa dengan KEHENDAKNYA itu


TERUS MENGADAP PERSONAL COMPUTER DIA